Multicursor - Working In Background

Wednesday, 19 September 2012

PERCAYA

Ehehem dan hai,assalamualaikum dan salam sejahtera tanda pembuka dan perasmian blog sy yang pertama yang baru sahaja dirasmikan oleh sy sendiri...huhuhu

Bila cakap saja pesal "PERCAYA"..mcm susah sy nak ungkapkan perasaan "PERCAYA" sy ni dengan kata-kata,klu ble sa nak ungkapkan dengan cara yang lain..tapi tidak sy tau pula bagaimana..huhu 
klu dibenarkan untuk mengungkapkan perasaan sy ni dengan cara yang lain,berbeza atau berbeda,
sy nak teriak/jerit dengan sepenuh hati dan jiwa raga sy sekarang juga...hahaha
(p/s-jangan jerit kuat-kuat nanti kena penampar sulung orang sebelah :p )  

Ehehem,sekarang adalah masa untuk m'perkenalkan diri sy,siapa sy dan siapakah sy..................

simple jak pesal diri sy yg tidak seberapa serta serba kekurangan,bak kata orang putih  "I'm not perfect at all" la katakan  (^^;)

Nama sy NELSON FREGUIRE B. JAMMY, 
tapi kawan2 sy/friends of mine/tambalut-tambalut yoho/dingan-dingan ku/kaban-kaban ku
call me "nel"..senang ingat,lebih efektif dan more efisien la...cam lebih2 pulak sy ni,bak kata Stacy Angie Anam@Stacy AF "Alamakk!! terleebihh sudahh"...huhu 
(p/s- xda kaitan..hanya kidding2 semata-mata dan tiada kaitan dengan yg masih hidup mahupun yang sudah *%@$#, klu adapun memang confirm xda/tiada/amu/sikda/doik/ngai kaitan ma sy)

Sy ni "tanak kampung@anak kampung" mcm lagu "ANAK KAMPUNG" malay version yang dipopularkan oleh JIMMY PALIKAT tuuuuu..xkan kitak org sik kenal sama nya..haha t'speaking pula bhsa melayu sarawak....dui,berbalik kpd "tanak kampung" tadi,sy berasal dari Kg.Tombongon,kiulu di daerah Tuaran,Sabah. Klu pernah dengar pesal "Jambatan Tamparuli" lebih kurang dekat-dekat situlah my beloved village..hehe Kampung sy tu ada ramai olundus-olundus sumandak/perawan cantik-cantik but unfortunately,I'm not interested at all.... :p  
(p/s-dah berbagai-bagai jenis umpan sy pakai pancing sumandak2 ni,nda juga pandai sangkut-sangkut dengan pancingan sy ni..haha -the truth-)
Kampung sy bukan sahaja dipenuhi dengan perawan2 cantik tpi kampung sy juga cantik dengan pemandangan hutan dan sungai yang bisa menggamit memori hati terluka...huhu nda bisa gue jelasin disini..but the fact,bagi sy memang cantik,tpi nda la sy tau apa pandangan org lain tentang Kampung sy,kan? hehe yelah,bak kata pepatah bikin sendiri "Kita ada sepasang mata,tp mata tengok lain-lain" lebih kurang macam tu la.

Sy dari suku Kaum Kadazan atau secara umumnya dikenali sebagai Kadazan Dusun.Sebenarnya, Kadazan dan Dusun ni tidak sama,Kadazan bermaksud "kekedaian" atau "bandar" klu d'translate dalam Bahasa Melayu. Kebiasaanya,Kadazan merujuk kpd daerah yg berdekatan dengan Bandar Raya Kota Kinabalu iaitu daerah Penampang dan Papar.Manakala Dusun merujuk kpd suku kaum yang tinggal di kawasan pendalaman yang hidup dengan bercucuk tanam.Tapi disini sy bukan bertujuan ingin menerangkan perbezaan di antara Kadazan dengan Dusun. Tetapi apa yang jelas membezakan Kadazan dengan Dusun adalah dari segi loghat percakapan/pertuturan.
Orang Kadazan ada menggunakan huruf  "Z" dan "V" tetapi tiada menggunakan huruf "R" dan "W" ketika berkomunikasi. Manakala,Orang Dusun ada menggunakan huruf "R" dan "W" tetapi tiada menggunakan huruf "Z" dan "V" ketika berkomunikasi.Walaupun bunyi perkataan tersebut berbeza dan tidak sama,tetapi masih lagi membawa maksud yang sama. Ada juga b'berapa perkataan dalam bahasa Kadazan yang m'gunakan "W".            


Contoh Ayat:

Kadazan - "kada noh daa kotumbazaai boos-boos ngavi do tuhun,tu iziau noh ih koginavaanku"
Dusun    - "kada noh daa kotumbayaai boros-boros ngawi do tulun,tu ika noh ih koginawaanku"
Malay     - "janganlah percaya dengan kata-kata semua orang,kerana kaulah di hatiku"

(fuhh,klu guna ni ayat r p ngorat sama tu sumandak-sumandak,confirm dapat la wei!!!)

p/s-jangan harap!!! :p
                                          

Sebenarnya,ada banyak lagi,tpi sy tidak dapat jelaskan kerana sy sendiri belum fasih dengan bahasa Kadazan dan Dusun..huhu it's embarassing me..haha
Fakta,ramai anak-anak muda KadazanDusun tidak pandai cakap bahasa KadazanDusun (au koilo momboros kadazandusun) tpi hanya faham saja....sy pun 50%-50% tergolong...didapati 90% anak-anak muda kadazandusun tidak tahu bertutur bahasa kadazandusun,peratusan ini sudah termasuk anak-anak muda yang sekadar faham-faham dan langsung tidak faham..Sy pernah terbaca 1 artikel yang m'gatakan bahasa kadazandusun akan pupus 1000tahun lagi.Sy masih ingat lagi masa form1 dulu time belajar subjek pendidikan sivik.."Bahasa merupakan pengenalan dan asas  bagi semua kaum.Demikian juga dengan kaum KadazanDusun yang m'punyai bahasanya sendiri iaitu Bahasa KadazanDusun.Bahasa ini adalah identiti bagi suku kaum KadazanDusun,sekiranya lenyap bahasa maka sesuatu kaum itu juga akan pupus.Oleh itu,Bahasa KadazanDusun ini haruslah dikembangkan dan dipelihara supaya tidak lenyap"


Nampaknya,sy sudah tersasar daripada tujuan sebenar-benarnya...huhu okey,never mind, sy akan teruskan dengan objektif sebenar sy sempena pelancaran blog sa ni..hehe 

Sy masih lagi bergelar seorang pelajar di salah satu IPTA dinegara kita,sy rasa x perlulah sy inform dimana..yelah..takut2 sy jadi semakin femes pula...hahaha perasan pla sy ne... sy merupakan salah seorang penuntut chemical engineering (oil & gas-petrochemical)..pastu titik...haha :p status sy masih bujang dan belum berkahwin.. 

Sy ni pendiam,semua orang yang kenal dengan sy sudah sedia maklum bahawa sy ni pendiam,sy x suka bercakap in front of public because...........I'm a shy person.Sy paling x suka klu kerja2 or assignment2 yang melibatkan presentation pastu present dihadapan orang ramai...hahaha confirm muka sy jadi "pink"..maksudnya,sy tidak layak menjadi seorang ketua or pemimpin kerana sy tidak berani berhadapan dengan orang ramai.Kadang-kadang disebabkan sy pendiam,ramailah "aliens" ni telah tersalah tafsir pesal diri sy...adoi!! tapi lantak la sana...haha



Syok juga kan buat blog..haha walaupun blog sy ni setakat untuk "testing2 mic" ja... ^^











Sy ada sebut pesal "PERCAYA" tadi...sebenarnya,sy macam x "PERCAYA" ja yg sy dah ada blog...hehe sekarang sy sudah "PERCAYA"...

















Sy Nelson Freguire B. Jammy,tp ramai xtau yang sy  MUALLAF. 



Gunung Kinabalu...sy ni nama ja orang sabah tp x pernah sa sampai dipuncak gunung ..

Jambatan Tamparuli





                                                                                                                                                    



                                                                                                                                                                                                                            tq^^









"GENERASI MUDA ADALAH PENENTU MASA DEPAN NEGARA"



-nel